AGENDA

PRK KKB: Cuaca sebelah pagi diramal cerah, petang hujan lebat

11 Mei 2024, 1:05 AM
PRK KKB: Cuaca sebelah pagi diramal cerah, petang hujan lebat

SHAH ALAM, 11 MEI: Cuaca hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diramalkan cerah dan baik pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di laman Facebook, memaklumkan ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku pada sebelah petang.

"Ramalan terkini serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia turut dipaparkan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my.

"Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia," katanya.

Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu di 18 pusat mengundi pada PRK DUN KKB hari ini.

Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat barah.

Calon Kerajaan Perpaduan Sock Tao berdepan saingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619