AGENSI

Mais lantik 70 individu bantu masyarakat urus wasiat, hibah

10 Mei 2024, 8:09 AM
Mais lantik 70 individu bantu masyarakat urus wasiat, hibah

SHAH ALAM, 10 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais)  melantik 70 individu sebagai Perancang Pewarisan Islam (PPI) bagi meluaskan lagi peranan agensi itu berkaitan pengurusan harta.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata lantikan itu juga memberi peluang meningkatkan pengetahuan individu berhubung pengurusan harta selain menambah pendapatan melaluinya.

"Sehingga April, Mais telah bekerjasama dengan 70 orang PPI yang berdaftar dan aktif dalam mempromosikan, membantu proses pendaftaran perkhidmatan wasiat dan hibah.

"Orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai PPI boleh memohon melalui lama sesawang https://siswa.mais.gov.my/register/agent,” katanya menerusi kenyataan.

Mais memaklumkan, pihaknya menyampaikan sijil dan hadiah iringan kepada lima orang PPI yang dipilih berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan wasiat dan hibah.

Hadiah dan sijil disampaikan oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi nombor talian 03-5514 3772 atau WhatsApp 010251 9556.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619