AGENDA

Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim

10 Mei 2024, 7:57 AM
Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim
Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim
Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim
Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim

SEPANG, 10 MEI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad di sini, tengah hari ini.

Turut hadir mengiringi Tengku Amir Shah ialah EXCO Sukan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon.

Majlis doa selamat memohon kesihatan serta kesejahteraan penyerang Selangor FC itu dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Muhammad Farhan Wijaya.

[caption id="attachment_642172" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Baginda kemudian mendengar bacaan khutbah bertajuk “Murabbi Insani Generasi Luhur Budi” yang disampaikan oleh Muhammad Farhan sebelum menunaikan solat Jumaat dipimpin Imam Masjid Negeri Abdul Karim Al Makki.

Ahad lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam, selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.

[caption id="attachment_642174" align="aligncenter" width="700"] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon ketika majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_642175" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai hadir majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619