AGENDA

Miskin tegar makin berkurang, Hulu Selangor rekod kurang 10 keluarga

9 Mei 2024, 3:00 AM
Miskin tegar makin berkurang, Hulu Selangor rekod kurang 10 keluarga
Miskin tegar makin berkurang, Hulu Selangor rekod kurang 10 keluarga

HULU SELANGOR, 9 MEI: Angka keluarga miskin tegar di daerah ini berjaya dikurangkan dengan terbaharu kurang daripada 10 keluarga direkodkan.

Dato’ Menteri Besar berkata pencapaian itu selepas pihaknya memanfaatkan kuota Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang berbaki lebih 1,000 penerima lagi.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pelaksanaan langkah itu juga membantu sasaran penamatan sifar miskin tegar seawal Julai ini.

[caption id="attachment_641925" align="aligncenter" width="794"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah kelompok di Balairaya Kampung Kelapa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 8 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sebelum ini kita ada 861 miskin tegar. Pagi tadi dalam laporan Masjlis Tindakan Ekonomi Selangor, jumlah berkurang kepada 425. Maknanya kurang 50 peratus.

“Sekarang kira-kira enam peratus lagi yang tinggal berbanding 8,000 yang dilaporkan sebelum ini. Kita yakin berjaya hapuskan miskin tegar Julai ini. Saya cuba hubungi Lembaga Zakat Selangor untuk selesaikan.

“Terbaharu Hulu Selangor ada kurang 10 orang selepas kita bersihkan dengan data-data. Kita berjaya lakukan sebab kerajaan stabil dan searah dengan persekutuan,” katanya.

Berucap di program ceramah kelompok malam tadi, pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata pelaksanaan 46 program kebajikan turut mengurangkan jumlah miskin tegar.

Minggu lalu, Amirudin berkata pentadbiran negeri meletakkan sasaran untuk menghapuskan keluarga miskin tegar selewat-lewatnya pada Julai ini.

Bagi mencapai matlamat berkenaan, pihaknya memasukkan keluarga berkenaan sebagai penerima Bingkas, layak menerima bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619