ADN

Kembang sektor pelancongan, KKB bakal dilengkapi khidmat van

8 Mei 2024, 12:33 PM
Kembang sektor pelancongan, KKB bakal dilengkapi khidmat van
Kembang sektor pelancongan, KKB bakal dilengkapi khidmat van

HULU SELANGOR, 8 MEI: Van bakal disediakan sekitar Kuala Kubu Bharu (KKB) bagi mengembangkan lagi sektor pelancongan sekali gus mampu meningkatkan ekonomi setempat.

Calon Kerajaan Perpaduan berkata usaha itu merupakan antara fokus yang akan diberi perhatian awal sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu ini.

“Saya mahu sediakan van pelancongan untuk bawa lebih ramai serta mengembangkan lagi sektor itu. Van akan memudahkan pelancong berjalan selain mengelakkan kesesakan jalan.

“Penduduk yang membawa van juga dapat meningkatkan pendapatan mereka. Jika menang, kita mahu bekerjasama dengan EXCO pengangkutan serta kerajaan Persekutuan bagi menjayakannya,” kata Pang Sock Tao.

[caption id="attachment_641826" align="alignnone" width="736"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (dua, kanan) menziarah Hasnan Ahmad yang menghidap lumpuh ketika walkabout di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor pada 8 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Sock Tao, 31, berjalan kira-kira satu kilometer menziarahi rumah penduduk sekitar Kampung Pasir di Kerling termasuk kediaman bekas ketua kampung Hasnan Ahmad yang lumpuh sejak dua tahun lalu.

Beliau yang berbaju kurung hijau turut beramah mesra dan mendengar masalah diadukan penduduk selain memperkenalkan diri sebagai calon nombor dua.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandang tiga penggal Lee Kee Hiong, 58, akibat barah pada 21 Mac lalu.

DUN tersebut memiliki 40,226 pengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619