AGENDA

Pokok tumbang hempap 17 kenderaan, seorang maut

7 Mei 2024, 9:05 AM
Pokok tumbang hempap 17 kenderaan, seorang maut

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan, akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 2.19 petang dan seramai 27 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebatang pokok tumbang di atas jalan raya telah menghempap 17 buah kenderaan dan landasan monorel. Insiden tersebut turut mengakibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

“Dua mangsa telah dikeluarkan iaitu, mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa kedua, seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak paramedik KKM di lokasi,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619