AGENDA

Simbah asid: Faisal stabil, orang ramai ada maklumat digesa salur kepada polis

5 Mei 2024, 12:24 PM
Simbah asid: Faisal stabil, orang ramai ada maklumat digesa salur kepada polis

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain bola sepak kebangsaan yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.51 petang tadi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular gambar pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat disembah asid.

Difahamkan, pemain berkenaan diserang selepas bermain go-kart di pusat beli-belah itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619