AGENDA

Perkhidmatan internet di Hulu Bernam ditambah baik demi kemudahan penduduk

4 Mei 2024, 9:15 AM
Perkhidmatan internet di Hulu Bernam ditambah baik demi kemudahan penduduk
Perkhidmatan internet di Hulu Bernam ditambah baik demi kemudahan penduduk
Perkhidmatan internet di Hulu Bernam ditambah baik demi kemudahan penduduk
Perkhidmatan internet di Hulu Bernam ditambah baik demi kemudahan penduduk

HULU SELANGOR, 4 MEI: Perkhidmatan internet di daerah ini termasuk Hulu Bernam akan ditambah baik demi kemudahan penduduk setempat, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata jaringan kemudahan internet yang sempurna dapat membantu penduduk khususnya peniaga dalam talian menambah pendapatan.

[caption id="attachment_641038" align="aligncenter" width="797"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri Warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita akan teruskan pembangunan di Hulu Selangor... contohnya menambah rumah mampu milik seperti semalam pecah tanah projek Rumah Selangorku begitu juga tren penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Serendah yang sudah hampir siap.

"Sudah pasti dengan adanya kemudahan ini akan memberi nilai tambah supaya penduduk di Hulu Bernam, Sungai Tengi dan kawasan sekitarnya mendapat limpahan kemajuan.

"Malah, calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao tawar liputan internet... takkan kita nak biar di Kuala Kubu Bharu sahaja. Kita akan tarik (internet) ke kawasan Hulu Bernam dan sekitarnya supaya ada jaringan internet sempurna sekali gus digunakan untuk tambah pendapatan peniaga dalam talian," katanya.

Beliau berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri bersama warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi di sini hari ini yang dihadiri ribuan warga Felda.

[caption id="attachment_641024" align="aligncenter" width="768"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada majlis Jalinan Aidilfitri Warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, Amirudin pada majlis pecah tanah Rumah Selangorku Lagenda Ardea di sini memaklumkan Kerajaan Negeri menumpukan pembangunan semula bandar dengan pelbagai kemudahan moden.

Katanya, Kerajaan Negeri akan melaksanakan ‘boosting’ projek seperti pembangunan institusi pengajian, latihan dan sektor pembuatan kereta bagi membugarkan ekonomi sekitar kawasan berkenaan.

[caption id="attachment_640862" align="aligncenter" width="755"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat replika Rumah Selangorku Lagenda Ardea selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan Lagenda Ardea, Bernam Jaya, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619