AGENSI

Jais larang guna rumah ibadah untuk kempen PRK Kuala Kubu Baharu

3 Mei 2024, 4:52 AM
Jais larang guna rumah ibadah untuk kempen PRK Kuala Kubu Baharu

SHAH ALAM, 3 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kekal melarang untuk menjadikan masjid, surau dan sekolah bawah seliannya sebagai tempat berpolitik atau propaganda kepartian.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad menegaskan ketetapan itu selaras titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan arahan Majlis Agama Islam Selangor yang masih berkuat kuasa.

"Pegawai masjid, pentadbir surau dan ketua guru bertanggungjawab atas premis kawalannya dengan melaksana amanah dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi sentimen politik kepartian," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak berkaitan supaya bersikap profesional dan mematuhi arahan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Tegasnya lagi, Jais akan merujuk Seksyen 12 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017 jika perkara berkaitan dibuat.

Turut dirujuk Garis Panduan Perlantikan, Penyambungan dan Penamatan Tauliah Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2006.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619