ADN

Sokongan penduduk tambah semangat calon Kerajaan Perpaduan berkempen

3 Mei 2024, 4:15 AM
Sokongan penduduk tambah semangat calon Kerajaan Perpaduan berkempen
Sokongan penduduk tambah semangat calon Kerajaan Perpaduan berkempen

HULU SELANGOR, 3 MEI: Sokongan baik penduduk setempat terus menambah semangat calon Kerajaan Perpaduan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu untuk berkempen .

Memulakan kempen hari ketujuh sekitar Oasis Batang Kali, Pang Sock Tao, 31, meluangkan masa bertemu hampir 50 murid di Tadika Little Da'ie dan beramah mesra bersama ibu bapa.

Diiringi Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Pengerusi Barisan Nasional Hulu Selangor Dato' Mohd Isa Abu Kassim, beliau turut melakukan aktiviti senamrobik bersama murid-murid tersebut.

[caption id="attachment_640821" align="aligncenter" width="744"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional Hulu Selangor Dato' Mohd Isa Abu Kassim bergambar bersama guru-guru tadika Little Da’ie pada Walkabout di sekitar Oasis Batang Kali pada 03 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui pemberita, Sock Tao berkata beliau mahu mengekalkan momentum sepanjang tempoh berkempen untuk bertemu seramai mungkin penduduk DUN Kuala Kubu Baharu.

"Untuk kekal bertenaga setiap hari, saya amalkan pengambilan makanan berkhasiat dan tambahan seperti vitamin selain banyak minum air kosong,"katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pilihan raya kecil di DUN berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac selepas bergelut melawan barah beberapa tahun lalu.

Pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ialah PRK ketujuh diadakan selepas pilihan raya umum ke-15. Seramai 40,226 pengundi berdaftar di DUN tersebut termasuk polis dan tentera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619