PBT

MBSJ kenal pasti 21 lokasi panas denggi, seru penduduk hapus tempat biak nyamuk

2 Mei 2024, 9:45 AM
MBSJ kenal pasti 21 lokasi panas denggi, seru penduduk hapus tempat biak nyamuk

SHAH ALAM, 2 MEI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengenal pasti 21 lokasi panas demam denggi yang memerlukan pemantauan bagi mengelak peningkatan kes.

Datuk bandarnya berkata semua pihak terutama ahli majlis dan penduduk perlu mempergiatkan usah dengan menjalankan gotong royong serta aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk.

"Kerjasama semua pihak amat penting untuk membendung isu denggi yang tiada kesudahan. Pihak MBSJ bersedia memberikan kerjasama kepada majlis perwakilan penduduk (MPP) dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan.

"Kita boleh menyediakan bantuan dari segi pameran, taklimat dan pemudah cara aktiviti cari dan musnah,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), baru-baru ini.

Pada perkembangan sama, Mohd Fauzi memaklumkan sejumlah 3,996 kes demam denggi dilaporkan bagi tahun 2024 sehingga minggu epid 16 di Subang Jaya, meningkat 71.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 2,331 kes.

“Bagaimanapun, terdapat trend penurunan kes bagi tiga minggu epid terkini yang mana kes pada minggu ke 16 adalah 148 berbanding dengan minggu epid ke 13 sebanyak 206 kes.

“Diharapkan penurunan kes ini akan berterusan dan dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk di kawasan MBSJ secara keseluruhannya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619