AGENDA

Kenaikan gaji diumum PM bukti Kerajaan Perpaduan hargai penjawat awam

1 Mei 2024, 8:00 AM
Kenaikan gaji diumum PM bukti Kerajaan Perpaduan hargai penjawat awam

SHAH ALAM, 1 MEI : Kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bukti kerajaan menghargai penjawat awam.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berharap pengumuman itu menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja lebih keras.

"Pengumuman perdana menteri berkenaan kenaikan gaji lebih 13 peratus kepada penjawat awam bermula Disember merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

"Ini sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam menghargai jasa khidmat bakti penjawat awam. Semoga menjadi motivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi," katanya menerusi Facebook.

Dalam perkembangan sama, Amirudin turut mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja di Selangor.

"Anda adalah wira dan nadi negeri Selangor. Negeri yang menjadi pusat tumpuan ekonomi dan pembangunan industri negara, hanya akan berjaya sekiranya mempunyai warga kerja yang ampuh dan komited," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619