AGENDA

Calon Kerajaan Perpaduan berkaliber, mampu teruskan legasi Kee Hiong

30 Apr 2024, 12:12 PM
Calon Kerajaan Perpaduan berkaliber, mampu teruskan legasi Kee Hiong
Calon Kerajaan Perpaduan berkaliber, mampu teruskan legasi Kee Hiong

SHAH ALAM, 30 APRIL: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) merupakan wanita muda berkaliber yang mampu membangunkan kawasan berkenaan.

Dato’ Menteri Besar turut menyifatkan Pang Sock Tao sebagai individu yang layak dan berkebolehan menjaga kebajikan rakyat dengan meneruskan skim Iltizam Selangor Penyayang.

Justeru, Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan untuk memberi sokongan kepada calon terbabit pada hari pengundian 11 Mei ini.

“Jangan ragu-ragu berikan sokongan kepada wakil HARAPAN di KKB. Sock Tao seorang anak muda yang penuh bertenaga dan berani, yang cocok meneruskan legasi mendiang Lee Kee Hiong bagi membangunkan KKB,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook.

PRK DUN KKB diadakan susulan kematian Kee Hiong, 58, akibat barah pada 21 Mac lalu.

[caption id="attachment_639513" align="aligncenter" width="745"] Pang Sock Tao, 31, diumum calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Menyaksikan pertandingan empat penjuru, Sock Tao, 31, dicabar Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DUN tersebut memiliki 40,226 pengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK KKB pada 11 Mei, hari pengundian awal 7 Mei dengan tempoh berkempen 14 hari.

[embed]https://twitter.com/i/status/1785232033930949042[/embed]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619