AGENDA

Mayat pesara tentera ditemui dalam semak, dipercayai terbabas ketika berbasikal

30 Apr 2024, 3:31 AM
Mayat pesara tentera ditemui dalam semak, dipercayai terbabas ketika berbasikal

GUA MUSANG, 30 APRIL: Mayat pesara tentera ditemukan di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619