AGENSI

Bantuan negeri manfaatkan warga KKB, bantu kelangsungan hidup ibu tunggal

30 Apr 2024, 2:00 AM
Bantuan negeri manfaatkan warga KKB, bantu kelangsungan hidup ibu tunggal
Bantuan negeri manfaatkan warga KKB, bantu kelangsungan hidup ibu tunggal
Bantuan negeri manfaatkan warga KKB, bantu kelangsungan hidup ibu tunggal

SHAH ALAM, 30 APRIL: Keprihatinan mendiang Lee Kee Hiong terhadap warga Kuala Kubu Baharu sentiasa diutamakan menerusi pelaksanaan program kebajikan oleh Kerajaan Negeri.

Buktinya, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tidak pernah terlepas daripada menerima apa jua insentif termasuk program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

Ibu tunggal K Sarojani, 46, berkata dia sudah lima tahun menerima manfaat program Bingkas yang disifatkannya sebagai 'penyelamat' dirinya bersama tiga anak.

[caption id="attachment_640058" align="alignleft" width="209"] K Sarojani[/caption]

“Saya sudah lima tahun terima Bingkas. Sangat bagus dan hati juga senang. Daripada RM200 sebulan, sekarang Kerajaan Negeri sudah naikkan kepada RM300.

“Keluarga saya dapat beli makanan. Kalau hanya mahu harap gaji saya sebagai buruh, tidak cukup kerana banyak barang naik harga,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Bagi R Savanthalah, 42, bantuan Bingkas digunakan untuk membeli barangan keperluan harian suaminya yang terlantar akibat kemalangan kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya terima Bingkas sejak dua tahun lalu. Saya guna untuk beli barang dapur dan kadangkala beli susu dan makanan suami yang terlantar,” katanya yang menyara keluarga sebagai operator kilang.

Bantuan RM300 setiap bulan melalui e-dompet memanfaatkan 30,000 keluarga bagi pembelian barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan anak-anak.

Selain Bingkas, penduduk DUN Kuala Kubu Baharu juga menerima manfaat menerusi program Jom Shopping yang dianjur pada setiap musim perayaan.

[caption id="attachment_640057" align="alignright" width="237"] A Malek Noor[/caption]

Pemandu teksi A Malek Noor, 54, berkata tahun ini merupakan tahun kedua dirinya terpilih sebagai penerima Jom Shopping, sekali gus meringankan beban dalam menyediakan keperluan Aidilfitri.

“Ini kali kedua saya terima baucar Jom Shopping. Seronok juga dapat sebab dapat jimat sedikit. Biasanya apabila musim raya memang kita akan pakai duit lebih sikit.

“Pendapatan saya sebagai pemandu teksi juga tidak menentu dan isteri juga tidak bekerja. Jadi bantuan ini sedikit sebanyak kurangkan beban kami sekeluarga,” katanya.

Baucar Jom Shopping sebanyak RM150 diperkenal Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619