AGENDA

Pembaikan cerun, laluan Batang Kali-Genting Highlands siap Jun

29 Apr 2024, 3:31 PM
Pembaikan cerun, laluan Batang Kali-Genting Highlands siap Jun

BATANG KALI, 29 APRIL: Kerja pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands susulan insiden tanah runtuh pada Disember 2022 dijangka siap Jun depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata projek pembaikan yang melibatkan kos kira-kira RM19 juta itu telah mencapai 86 peratus dengan kerja-kerja yang bakal disiapkan termasuk rel adang dan binaan dinding.

Ahmad Maslan berkata ketika ini, hanya satu laluan dibuka kepada pengguna yang mendapat kebenaran khas iaitu pekerja di Genting Highlands atau mereka yang memiliki rumah di Batang Kali dan Hulu Selangor.

Beliau berkata laluan itu dijangka dibuka sepenuhnya pada 1 Julai ini.

Insiden tanah runtuh pada 16 Dis 2022 telah menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm yang mengakibatkan 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak terkorban.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619