AGENDA

MB: Stadium Shah Alam siap 2026, proses berjalan ikut jadual

29 Apr 2024, 9:00 AM
MB: Stadium Shah Alam siap 2026, proses berjalan ikut jadual
MB: Stadium Shah Alam siap 2026, proses berjalan ikut jadual

SHAH ALAM, 29 APRIL: Proses pembinaan semula Stadium Shah Alam berjalan lancar dan dijangka siap pada hujung 2026 seperti yang dijadualkan.

Dato’ Menteri Besar berkata bangunan lama akan dirobohkan sedikit masa lagi selain penghadang dipasang sekeliling kawasan bagi mengelak pencerobohan pihak luar.

“Proses berjalan mengikut landasan. Sekarang kita akan memenuhi keperluan yang diwajibkan Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum meroboh sebab tak mahu ganggu kejiranan sekeliling.

“Kita percaya MRCB (pemaju) akan keluarkan tender perobohan dan putuskan dalam masa terdekat. Minggu lepas saya dimaklumkan kita boleh lengkapkan stadium hujung 2026 dan boleh digunakan selepas itu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri agensi bawah kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja (DYTM) Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini hari ini.

[caption id="attachment_640141" align="alignnone" width="893"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersalaman bersama tetamu yang hadir ketika Majlis Jamuan Aidilfitri FAS 2024 di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 April 2024. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada Februari, pengurus besar unit projek khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz berkata fasa pertama membabitkan proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dijangka selesai Mac tahun depan, seterusnya pembangunan stadium lengkap dengan ruang perniagaan serta plaza parkir dijangka siap 2026

Fasa kedua diteruskan bermula Januari 2027 membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619