AGENDA

Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan, rakyat Malaysia

29 Apr 2024, 8:31 AM
Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan, rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

“Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestine kepada seluruh rakyat Malaysia,” menurut Mohamad dalam catatan di laman Facebooknya.

Beliau kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.

Menerusi satu catatan berasingan, Mohamad turut berkongsi mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan Mohammed Ishaq Dar di WEF.

“Dalam perbincangan, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat agar Malaysia dan Pakistan mengukuhkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama sedia ada dan meneroka bidang kerjasama lain yang berpotensi.

“Saya juga sempat mengucapkan tahniah kepada Ishaq Dar atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakistan berkuat kuasa semalam,” kata Mohamad.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran di platform X berkata pemimpin negara itu telah mengkaji semula hubungan dua hala dan bersetuju untuk menggalakkan pertukaran peringkat tinggi antara Pakistan dan Malaysia.

Menurut hantaran itu, Pakistan dan Malaysia juga bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi, budaya serta pertukaran rakyat dengan rakyat semasa mesyuarat itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619