AGENDA

Majlis rumah terbuka Kuala Kubu Bharu meriah, lebih 30,000 hadir

27 Apr 2024, 3:30 PM
Majlis rumah terbuka Kuala Kubu Bharu meriah, lebih 30,000 hadir
Majlis rumah terbuka Kuala Kubu Bharu meriah, lebih 30,000 hadir
Majlis rumah terbuka Kuala Kubu Bharu meriah, lebih 30,000 hadir

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Lebih 30,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan rumah terbuka negeri di pekan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Bermula jam 8 sehingga 11 malam, program diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, barisan EXCO, wakil rakyat dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan.

[caption id="attachment_639883" align="alignnone" width="807"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melayani kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung dan memenuhi permintaan mereka yang mahu bergambar bersama.

Terdahulu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Naim Daniel, Ella, Ernie Zakri, Aiman Tino, Sarah Suhairi dan tarian artis Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

[caption id="attachment_639884" align="alignnone" width="730"] Orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Sebanyak 48 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya kambing bakar, ayam golek, sate, roti jala, lemang, rendang, nasi lemak, apam balik, buah potong dan air balang.

Pengunjung juga berpeluang mengetahui pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang disediakan selain boleh dipohon segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619