AGENDA

Gara-gara tunjuk isyarat lucah, lelaki dipukul hingga pengsan

27 Apr 2024, 1:00 PM
Gara-gara tunjuk isyarat lucah, lelaki dipukul hingga pengsan

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Polis menahan seorang pemandu peribadi bagi membantu siasatan kes khianat dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 10 malam di Jalan Kampung Melayu Tambahan, Ampang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang berusia 47 tahun menunjukkan isyarat lucah kepada suspek yang memandu Toyota Alphard selepas kenderaan itu berhenti mengejut di hadapan keretanya di sebuah plaza tol kira-kira 1.20 tengah hari.

“Selepas itu, suspek terus keluar dari kereta dan mengetuk cermin kereta mangsa lalu terus memukulnya hingga terjatuh serta tidak sedarkan diri.

“Suspek juga bertindak menyepak pintu kereta di sebelah kanan. Kerugian dianggar RM2,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata polis menerima laporan kejadian daripada isteri mangsa dan mangsa yang dirawat di Hospital Ampang didiagnosis mengalami hematoma pada mata kanan.

Beliau berkata suspek yang memiliki tujuh rekod jenayah lampau kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619