AGENDA

PRK DUN Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru

27 Apr 2024, 2:58 AM
PRK DUN Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
PRK DUN Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
PRK DUN Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan dicabar calon PN Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari PRM serta calon bebas, Nyau Ke Xin.

Pengumuman empat calon itu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamarudin di perkarangan Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini.

[caption id="attachment_639802" align="aligncenter" width="998"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) diiringi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, borang penamaan bagi seorang calon bebas, Chng Boon Lai ditolak berikutan tidak memenuhi kriteria ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR sebelum ini menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, hari pengundian awal pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian Lee Kee Hiong akibat barah pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Mendiang kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

[caption id="attachment_639801" align="aligncenter" width="919"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) diiringi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619