AGENDA

Berasa alim, sombong dengan ilmu dimiliki antara tanda jahil

26 Apr 2024, 5:02 AM
Berasa alim, sombong dengan ilmu dimiliki antara tanda jahil
Berasa alim, sombong dengan ilmu dimiliki antara tanda jahil

SHAH ALAM, 26 APRIL: Seseorang yang menuntut ilmu diingatkan supaya tidak sombong berikutan

ia bukan milik penuh manusia, sebaliknya hanya pinjaman Allah SWT.

Tokoh ulama Pattani dalam sesi telaah kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan berasa pandai atas ilmu dimiliki dan 'alim' kerana banyak beribadah antara tanda orang jahil.

“Ilmu adalah rezeki dan pemberian Allah yang meletakkan usaha mempelajarinya di tempat penting.

[caption id="attachment_639678" align="alignright" width="405"] Tokoh Ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kadang-kadang kita usaha sedikit sahaja tetapi dibuat dengan niat dan hati yang bersih, maka hasil menuntut ilmu itu akan menjadi banyak,” kata Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.

Kupasan itu sebahagian jilid yang ditelaah menerusi program Siri Talaqqi Kitab Turath Islami di Masjid Negeri anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Program berkenaan kesinambungan daripada Festival Turath Islami Selangor yang diadakan Mei tahun lalu untuk memartabat syiar Islam menerusi penganjuran majlis ilmu mendalam.

Program cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berjaya menarik lebih 10,000 peserta termasuk pelajar keagamaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

Siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619