AGENDA

Buruh maut dipanah petir ketika berteduh bawah pokok

25 Apr 2024, 5:40 AM
Buruh maut dipanah petir ketika berteduh bawah pokok

KUANTAN, 25 APRIL: Seorang buruh warga Indonesia maut dipercayai dipanah petir ketika berada di ladang sawit Felda Jengka 14, Maran semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber dalam kejadian sekitar 1 tengah hari itu, mangsa Kamarudin, 40, yang berasal dari Lombok dikatakan bersama rakan sekerja sedang berteduh dari hujan di bawah pokok rambai.

“Namun, kerana masih terkena hujan rakan mangsa telah berpindah di pokok sawit berhampiran sebelum terdengar bunyi kuat dan ternampak cahaya mengenai kepala Kamarudin.

"Mangsa kemudiannya terbaring dan tidak sedarkan diri di tepi pokok rambai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zamri berkata pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai panahan petir pada pokok rambai dan tiada sebarang lebam atau luka ditemukan di badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat.

Mayat dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619