AGENDA

Inspektor ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun

24 Apr 2024, 10:42 AM
Inspektor ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun

JOHOR BAHRU, 24 APRIL: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di kawasan Taman Johor Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada jam 9.21 malam pada hari kejadian sebelum suspek berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian ditahan pada hari sama jam 11 malam di sekitar kawasan Bandar Seri Alam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 6 petang.

“Polis turut merampas telefon bimbit beserta kad sim suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. Suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses penyiasatan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619