AGENSI

Kafa integrasi Subang Bestari terima sumbangan wakaf RM45,000

24 Apr 2024, 8:19 AM
Kafa integrasi Subang Bestari terima sumbangan wakaf RM45,000

SHAH ALAM, 24 APRIL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerah sumbangan wakaf fisabilillah RM45,000 kepada Kafa Integrasi Al Hikmah di Subang Bestari Khamis lalu.

PWS menerusi Facebook memaklumkan sumbangan berkenaan bagi melaksanakan kerja naik taraf kantin dan pemasangan bumbung di dataran sekolah berkenaan.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya.

Terdahulu, serahan cek cura disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar dan diterima Ketua Guru Mohd Nizam Abu pada majlis sambutan Aidilfitri sekolah itu.

Anuar turut berkesempatan menyampaikan taklimat berhubung operasi PWS selain mengajak para guru melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji.

Orang ramai yang mahu menunaikan wakaf tunai, boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau http://infaqpay.my/go/wakafselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619