AGENDA

Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat

24 Apr 2024, 5:06 AM
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat
Program Rumpun Selangor, Raja Muda jelajah Hulu Langat temu rakyat

HULU LANGAT, 24 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor memulakan siri jelajah Rumpun Selangor daerah Hulu Langat selama tiga hari, bermula hari ini.

Memulakan aktiviti pertama, Tengku Amir Shah bersantap di Warung Kak Lia di Teras Jernang bersama EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail serta kira-kira 150 masyarakat setempat.

Baginda kemudian mendengar taklimat gerak kerja serta rancangan pembangunan daripada pejabat daerah dan tanah, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, pejabat pendidikan, pejabat kesihatan dan ketua polis daerah.

Bermula hari ini hingga Jumaat, Tengku Amir Shah akan melawat beberapa kawasan antaranya Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang dan Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Baginda juga dijadual melawat Pasar Malam Downtown Jalan Reko, warung Roti Canai Teras Jernang, Kajang Wall Mural, Medan Sate Kajang dan Bangi Square 2.

[caption id="attachment_639243" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama orang ramai pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kampung Teras Jernang, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak, berjalan bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

[caption id="attachment_639247" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama orang ramai pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kampung Teras Jernang, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_639244" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersantap bersama masyarakat setempat pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kampung Teras Jernang, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_639245" align="aligncenter" width="701"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan hadir mendengar taklimat pembangunan Hulu Langat pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_639246" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama selepas mendengar taklimat pembangunan Hulu Langat pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619