ad
AGENSI

Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun

23 Apr 2024, 10:00 AM
Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun
Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun
Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun
Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kutipan sampah domestik di seluruh Selangor mencatat penurunan sepanjang minggu pertama Aidilfitri.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata penurunan kutipan itu berikutan faktor masyarakat pulang ke kampung.

[caption id="attachment_639151" align="aligncenter" width="725"] Pengarah Urusan KDEBWM Dato' Ramli Mohd Tahir berucap ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Berdasarkan data, pada dua hari sebelum Aidilfitri kutipan mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 tan sehari. Namun, pada awal Aidilfitri kutipan hanya sekitar 4,000 tan sehari berbanding hampir 7,000 tan tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini yang dihadiri lebih 2,000 tetamu.

[caption id="attachment_639150" align="aligncenter" width="779"] Pengarah Urusan KDEBWM Dato' Ramli Mohd Tahir beramah mesra bersama tetamu ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, beliau memaklumkan dua lagi pusat kitar semula pandu lalu automatik (ATDReC) akan dibuka pada tahun ini.

"Pusat kitar semula ini dibina untuk memudahkan orang awam membuang sampah kitar semula di tempat yang lebih selesa. Urusan pembayaran barangan kitar semula dilakukan dalam tempoh 48 jam.

"Setakat ini, pusat ini beroperasi di Sepang sahaja dan kita jangka akanbuka di dua lagi pihak berkuasa tempatan," katanya.

[caption id="attachment_634846" align="aligncenter" width="794"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dato' Abd Hamid Hussain dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir melakukan gimik perasmian sempena majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) oleh KDEBWM di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC), Sepang pada 25 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mac lalu, ATDReC pertama dibuka di Cyberjaya bagi kemudahan orang ramai selain meningkatkan kesedaran amalan kitar semula

Berkonsepkan ‘dibuat individu dengan yakin’ (DIY), inisiatif itu membantu masyarakat menjana duit melalui ‘sampah’.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.