AGENDA

STDC-KNX jalin kerjasama jayakan revolusi automasi bangunan

22 Apr 2024, 1:30 PM
STDC-KNX jalin kerjasama jayakan revolusi automasi bangunan
STDC-KNX jalin kerjasama jayakan revolusi automasi bangunan
STDC-KNX jalin kerjasama jayakan revolusi automasi bangunan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bersama syarikat automasi terkemuka KNX Associate (KNX) dan Seikou Systec Sdn Bhd menjalinkan kerjasama untuk merevolusi automasi bangunan.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi kerjasama itu, modul KNX disepadukan ke dalam Sijil Teknologi Elektrik Tahap 3 sekali gus bakal menjadi Selangor sebagai hab pensijilan profesional dalam bidang berkenaan.

[caption id="attachment_638955" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara STDC, KNX Associate dan Seiko Systec Sdn Bhd di Ibu Pejabat Steinel GmbH Herzebrock, Dortmund, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Objektif utama kerjasama ini adalah untuk meletakkan Selangor sebagai hab penting bagi penyediaan dan pengurusan pensijilan profesional dalam bidang automasi bangunan.

“KNX akan memainkan peranan sebagai badan piawai untuk membina modul piawaian automasi. Kerjasama ini juga bagi memanfaatkan kepakaran dan rangkaian global KNX yang meluas untuk memperkukuh keunggulan Selangor dalam bidang tersebut,” kata Dato' Seri Amiruidn Shari melalui hantaran Facebook.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara STDC, KNX dan Seiko Systec Sdn Bhd berlangsung di Ibu Pejabat Steinel GmbH Herzebrock, Dortmund, Jerman pada 19 April.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) melihat sistem automasin bangunan selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara STDC, KNX Associate dan Seiko Systec Sdn Bhd di Ibu Pejabat Steinel GmbH Herzebrock, Dortmund, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Amirudin menambah kerjasama dengan KNX yang mempunyai rangkaian 505 pusat latihan bertauliah di 73 negara dan rangkaian industri yang luas dengan lebih 105,000 rakan kongsi di 178 negara, akan meningkatkan daya saing negeri dalam membina teknologi automasi.

“STDC akan dapat memanfaatkan rangkaian yang luas ini untuk memudahkan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan pensijilan yang berkaitan dalam pembinaan teknologi automasi,” jelasnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619