AGENSI

Unisel jalin kerjasama bidang pertanian dengan universiti, syarikat Korea Selatan

22 Apr 2024, 3:55 AM
Unisel jalin kerjasama bidang pertanian dengan universiti, syarikat Korea Selatan
Unisel jalin kerjasama bidang pertanian dengan universiti, syarikat Korea Selatan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) menjalin kerjasama dalam bidang pertanian dan agrikultur dengan universiti serta syarikat teknologi dari Korea Selatan.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan memaklumkan kerjasama termasuk melanjutkan kajian terhadap teknologi mikroorganisma dalam bidang pertanian untuk jangka masa panjang.

“Unisel menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) mengadakan pertemuan dengan Safuan Korea, Korea Soongsil Cyber University, Korea Telecom dan Nonghyup Bank berkait kajian itu.

[caption id="attachment_638897" align="aligncenter" width="771"] Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (tengah) pada majlis menandatangani Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) bersama universiti dan syarikat teknologi dari Korea Selatan pada 16 April 2024. Foto Facebook Unversiti Selangor[/caption]

“Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) ditandatangani Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman bersama Pengerusi Safuan Korea Lee Kye Jin; Presiden Pendidikan, Kajian dan Pembangunan Park Tan Sri Ahmad Zaki Ansore serta Pengarah Urusan Safuan Korea Park Safuan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Hasril kerjasama memperkasa pendidikan teknologi agrikultur akan dilaksana menerusi usahasama dengan Seoul Universiti dan Korea Advanced Institute of Science and Technology (Kaist) berkaitan silibus dan kandungan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619