AGENDA

Pengawal peribadi ditembak di KLIA sudah sedar

21 Apr 2024, 3:41 PM
Pengawal peribadi ditembak di KLIA sudah sedar

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Ahad lepas sudah sedar semalam.

Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata keadaan Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau lebih dikenali sebagai Along, yang menerima rawatan di Hospital Cyberjaya ketika ini semakin pulih.

“Dia sudah sedar. (Pihak hospital) telah hentikan pemakaian alat bantuan pernafasan pagi tadi dan suami dah boleh bercakap sedikit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Insiden pada kira-kira 1.30 pagi pada 14 April lepas itu menyaksikan seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dan satu daripadanya telah terkena mangsa yang juga pengawal peribadi isteri suspek.

Suspek, 38, yang melarikan diri selepas kejadian, kemudian ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan pada 15 April.

Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu selama tujuh hari dari 16 hingga 22 April bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sekyen 8 Akta Senjata 1960.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619