AGENDA

Guru wanita lebam mata kiri dipercayai ditumbuk guru lelaki

21 Apr 2024, 10:00 AM
Guru wanita lebam mata kiri dipercayai ditumbuk guru lelaki

CHUKAI, 21 APRIL: Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek di kantin sekolah kira-kira 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Air Putih dekat sini pada 8.20 pagi.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam pada mata kiri. Polis kini memburu suspek yang berusia 49 tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619