AGENDA

Kejayaan agenda reformasi diukur melalui dasar beri manfaat rakyat

21 Apr 2024, 3:43 AM
Kejayaan agenda reformasi diukur melalui dasar beri manfaat rakyat
Kejayaan agenda reformasi diukur melalui dasar beri manfaat rakyat
Kejayaan agenda reformasi diukur melalui dasar beri manfaat rakyat

SHAH ALAM, 21 APRIL: Kejayaan agenda reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak diukur melalui bilangan peranan yang dipegang oleh ahli parti dalam kerajaan, kata Setiausahanya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebaliknya kejayaan reformasi diukur apabila agenda berkenaan menjadi dasar pemerintahan yang memberi manfaat kepada rakyat disegenap peringkat.

"Kejayaan reformasi bukan diukur berapa lama kita jadi kerajaan, berapa banyak Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, EXCO dan Ahli Dewan Negeri (ADN) yang kita ada.

“Ukuran sebenar apabila kita berada di tampuk kuasa, kita menterjemahkan dasar hingga rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Berucap pada Konvensyen 25 tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini, Saifuddin turut mengingatkan perwakilan agar tidak lupa diri selepas diuji dengan nikmat menjadi kerajaan.

[caption id="attachment_638719" align="aligncenter" width="764"] Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli serta Ketua AMK KEADILAN Adam Adli Abd Halim meluncurkan Portal AMK dan Angkatan Business Chambers KEADILAN sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Ketika jadi pembangkang, hidup penuh derita, kemudian diuji dengan nikmat jadi kerajaan dan kepimpinan. Waktu itu semua asas perjuangan semakin dilupakan.

"Yang mahu dibuat adalah menimbul dan menghimpun kekayaan. Itu antara ciri-ciri yang tidak membawa kepada kemenangan sebuah cerita perjuangan reformasi, mengambil contoh daripada perjuangan lampau," katanya.

[caption id="attachment_638714" align="aligncenter" width="808"] Ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melaungkan Reformasi sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619