AGENDA

PM: Kerajaan Madani komited tambah baik inftrastruktur di Sabah

20 Apr 2024, 3:31 PM
PM: Kerajaan Madani komited tambah baik inftrastruktur di Sabah

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Kerajaan MADANI akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi melalui penambahbaikan dan kewujudan baharu membabitkan inftrastruktur kegunaan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara rancangan jangka pendek dan jangka panjang ialah memilih kontraktor bersesuaian bagi tujuan membina klinik, hospital, jalan raya, menangani masalah air, hasil tani, keperluan usahawan desa serta penjaja yang memerlukan intervensi.

“Kerajaan MADANI tegas untuk membantu rakyat hatta apabila berada di Negeri Di Bawah Bayu ini.

“Saya singgung (sentuh) keperluan laporan terkini berkaitan 25 projek sakit yang memerlukan kerjasama dan perhatian pihak terkait sewajarnya,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar, yang tiba di Kota Kinabalu pada 11.40 malam tadi, memulakan lawatan kerjanya pagi ini dengan menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan-Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.

Semasa taklimat itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah meneliti beberapa permintaan, keluhan, aduan, rintihan meliputi keperluan dan keutamaan rakyat yang mendesak.

Beliau kemudian menghadiri perjumpaan khas bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah dan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619