AGENDA

Wanita maut, dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki langgar pokok

20 Apr 2024, 6:30 AM
Wanita maut, dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki langgar pokok

GEORGE TOWN, 20 APRIL: Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister di sini awal hari ini.

Foo Yu Xuan, 24, yang memandu kereta jenis Volkswagen itu maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Sha'ari Mansor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi.

"Sebaik pihak bomba tiba, terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas telah melanggar sebatang pokok di tepi jalan dan ada tiga mangsa di dalam kenderaan terbabit.

"Kami menjalankan kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit di dalam kereta itu dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan pada 5.27 pagi, sebelum pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa wanita telah meninggal dunia," katanya di sini hari ini.

Sha'ari berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, manakala dua lagi mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619