AGENDA

MB temui komuniti Malaysia di Munich, dengar pandangan mahasiswa

19 Apr 2024, 4:40 AM
MB temui komuniti Malaysia di Munich, dengar pandangan mahasiswa
MB temui komuniti Malaysia di Munich, dengar pandangan mahasiswa

SHAH ALAM, 19 APRIL: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bertemu dan bertukar pandangan bersama rakyat Malaysia dalam sesi lawatan kerja rasminya di Jerman bermula hari ini.

Menerusi pertemuan lebih dua jam itu, Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan komuniti perniagaan dan mahasiswa khasnya anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di Munich.

"Sudah menjadi lumrah dan kemestian apabila saya ke luar negara untuk lawatan kerja rasmi akan bertemu warga dan komuniti rakyat Malaysia khususnya anak Selangor di luar negara.

[caption id="attachment_638439" align="aligncenter" width="767"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berbual bersama pelajar Malaysia di Restoran Suhag, Munich, Jerman sempena lawatan kerjanya ke negara itu pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Menerusi pertemuan ini, ia memberi ruang kepada kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat serta mendengar pandangan mereka di Munich," kongsinya di Facebook.

Beliau juga berkongsi usaha Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dan negeri.

Amirudin turut berterima kasih kepada semua yang hadir terutama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Munich, yang membantu menyelaras pertemuan tersebut.

Beliau menambah lawatan akan diteruskan ke Cologne bagi menyaksikan program menandatangani memorandum persefahaman selain menghadiri program Hannover Messe 2024 sebagai ahli panel.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619