AGENDA

Anwar temu aktivis Nadir Al-Nuri, nyata pendirian tegas isu Palestin

17 Apr 2024, 1:15 PM
Anwar temu aktivis Nadir Al-Nuri, nyata pendirian tegas isu Palestin

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan bertemu dengan aktivis kemanusiaan Muhammad Nadir Al-Nuri bersama keluarganya di Kompleks Seri Perdana.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata beliau bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pertemuan itu berasa gembira melihat Muhammad Nadir sekeluarga yang kini berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan yang panjang di Semenanjung Gaza.

“Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia.

“Saudara Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan, anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang terus memburuk di sana,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menitipkan doa kepada Muhammad Nadir dan keluarganya agar dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Insya-Allah, saya akan terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin,” katanya.

Selain itu, Anwar turut memuat naik beberapa foto bersama Wan Azizah dalam sesi pertemuan bersama keluarga aktivis kemanusiaan itu yang diadakan pada hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619