AGENDA

Bayi enam bulan dibunuh, bapa ditahan bantu siasatan

17 Apr 2024, 5:09 AM
Bayi enam bulan dibunuh, bapa ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Polis menahan lelaki disyaki membunuh anak kandungnya berusia enam bulan di sebuah pangsapuri di Beranang, Selangor, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohamad Nasir Drahman berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di perkarangan Unit Forensik Hospital Kajang pukul 11.30 malam hari sama.

Beliau berkata dalam kejadian itu suspek membuat laporan polis pada 8.52 pagi memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan bayi itu, namun hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian kepala, yang bukan disebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata suspek yang didapati positif dadah jenis syabu direman sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut, dan kes diklasifikasikan sebagai kejadian bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP S Vekram di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619