AGENSI

Bangunkan pangkalan data produk halal, HIS cari pembida berkelayakan

17 Apr 2024, 5:03 AM
Bangunkan pangkalan data produk halal, HIS cari pembida berkelayakan
Bangunkan pangkalan data produk halal, HIS cari pembida berkelayakan

SHAH ALAM, 17 APRIL: Halal International Selangor (HIS) berhasrat mewujudkan platform maklumat berpusat (CIP) bagi menyimpan data ekosistem industri berkenaan untuk pihak berkepentingan.

Berikutan itu, Jabatan Inovasi Digitalnya mengalu-alukan pembida mengemukakan kertas cadangan komprehensif dan sebut harga pelantikan kontraktor bagi membangunkan pangkalan data tersebut.

Jelasnya, CIP salah satu inisiatif utama dalam sektor tumpuan industri halal bawah teras ekonomi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), yang akan mewujudkan ekosistem berkaitan halal dalam talian.

"(Ia) mengumpulkan maklumat atau data industri halal seperti syarikat, produk, pemasaran, perniagaan, pemain industri perkhidmatan dan lain-lain.

"CIP merupakan pangkalan data membentuk ekosistem industri halal bagi menyimpan data yang boleh digunapakai oleh pihak yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan.

HIS Toyyiba Sdn Bhd, anak syarikat Kerajaan Negeri melaksana inisiatif RS-1 menerusi Jawatankuasa Tetap Industri Halal Selangor dalam menjadikan negeri bertaraf global memangkin industri berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619