ADN

Lebih 100 penduduk Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah terjejas banjir kilat

16 Apr 2024, 3:15 PM
Lebih 100 penduduk Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah terjejas banjir kilat
Lebih 100 penduduk Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah terjejas banjir kilat

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah diarah untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada individu terjejas akibat banjir kilat di kawasan itu petang tadi bagi meringankan beban mangsa.

Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk R. Ramanan, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dalam hantaran di laman Facebook malam ini berkata sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, beliau segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.

Beliau berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah.

[caption id="attachment_638074" align="alignleft" width="500"] Keadaan banjir kilat di Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubur Gajah pada 16 April 2024. Foto JBPM Selangor[/caption]

"Setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak yang menempatkan lebih 100 mangsa terjejas.

"Saya turut menghubungi pegawai-pegawai dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan mangsa banjir diuruskan sebaik mungkin,” katanya.

Ramanan turut mengingatkan semua penduduk di Sungai Buloh supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga selain memantau anak-anak kecil, warga emas serta orang kurang upaya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619