AGENDA

Konflik Timur Tengah: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia

15 Apr 2024, 3:30 PM
Konflik Timur Tengah: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Timur Tengah ketika ini, termasuk keperluan sekiranya ada, untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari negara terjejas.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan rekod semasa, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah sebanyak 1,872 orang yang berada di Jordan, 37 orang di Syria, lapan di Iran, manakala tiada pelajar negara ini dilaporkan di Lubnan dan Iraq.

"Kementerian mengambil maklum situasi terkini di Timur Tengah yang melibatkan Iran dan Israel serta secara tidak langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

"KPT memantau menerusi pejabat Education Malaysia di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin," menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut menasihati pelajar-pelajar Malaysia di negara yang terlibat agar terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran melalui talian (+9821) 88072444 (+9821) 88078606 atau e-mel mwtehran@kln.gov.my dan mwconsular.teh@gmail.com.

Bagi Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, boleh menghubungi talian (+962) 6590 2400 (+962) 78590 2400 atau e-mel mwamman@kln.gov.my dan amm.uhep@gmail.com.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619