AGENSI

247 guru Jais terima hadiah Syawal, dinaikkan pangkat April ini

15 Apr 2024, 7:00 AM
247 guru Jais terima hadiah Syawal, dinaikkan pangkat April ini
247 guru Jais terima hadiah Syawal, dinaikkan pangkat April ini

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 247 guru bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerima 'hadiah' Syawal menerusi kenaikan pangkat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN).

Agensi agama negeri memaklumkan majlis kenaikan pangkat ke Gred DG42 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jais itu diadakan 3 April lalu di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

“Majlis yang penuh bersejarah ini menyaksikan 247 guru Jais yang merupakan kumpulan pertama mendapat kelulusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 daripada SPN.

[caption id="attachment_637828" align="aligncenter" width="879"] Antara guru Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menerima kenaikan pangkat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) pada majlis kenaikan pangkat ke Gred DG42 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 3 April 2024. FOTO Facebook Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi[/caption]

“Kenaikan pangkat kumpulan ini melibatkan guru yang berada pada Gred DG29 (11 orang), Gred DG32 (82 orang), Gred DG34 (90 orang) dan Gred DG38 (64 orang),” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam majlis itu, Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengingatkan guru agar dapat merubah cara berfikir dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selari dengan kenaikan pangkat baharu.

Menurutnya guru perlu berkhidmat sebagai seorang mukmin yang mengharapkan pahala dari Allah SWT, bukan hanya tertumpu kepada konsep ‘upah hala’ sekali gus boleh menjejaskan keikhlasan.

Mohd Shahzihan turut menyempurnakan penyerahan Kitab Tafsir al Quran Pimpinan Ar Rahman sumbangan Tabung Infaq dan Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) bernilai RM68,769 untuk diagihkan kepada semua sekolah agama negeri.

Pada 13 April tahun lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan akan melaksana pelarasan semula gaji membabitkan guru di sekolah rendah agama dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi memastikan guru agama tidak lagi terbeban dengan kenaikan gaji dan pangkat yang agak lama berbanding guru di Kementerian Pendidikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619