AGENDA

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon HARAPAN diumum beberapa hari sebelum 27 April

14 Apr 2024, 1:00 PM
PRK Kuala Kubu Bharu: Calon HARAPAN diumum beberapa hari sebelum 27 April
PRK Kuala Kubu Bharu: Calon HARAPAN diumum beberapa hari sebelum 27 April

HULU SELANGOR, 14 APR: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dijangka diumumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada 27 April.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata calon yang bertanding pilihan raya kecil (PRK) itu diputuskan oleh pimpinan pusat HARAPAN berdasarkan senarai nama yang dikemukakan DAP.

“(Pengumuman calon) mungkin dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum 27 April kita akan umum.

“(Sekarang ini) sedang tunggu sedang pengesahan daripada pusat untuk menetapkan calon dan saya rasa DAP telah mencadangkan beberapa nama,” katanya ketika ditemui selepas program ziarah raya sekitar DUN berkenaan hari ini.

[caption id="attachment_637753" align="aligncenter" width="764"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu Jamuan Aidifitri Kampung Pasir Kerling di Balai Raya Lama Kampung Pasir Kerling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 14 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam kesempatan itu, Amirudin turut meluangkan masa berjumpa dengan beberapa pemimpin setempat bagi memastikan jentera Perpaduan bersiap siaga bagi menghadapi PRK Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini.

“Kita faham situasi bakal pilihan raya kecil, (jadi saya turut) bertemu dengan rakan-rakan dan jentera yang (saya) rasa perlu untuk diberi taklimat dan penjelasan (gerak kerja). (Saya) berharap kita dalam landasan yang betul untuk mengekalkan Kuala Kubu Bharu (KKB) dalam PRK akan datang,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac.

Lee, 58, yang menjadi ADN Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619