AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan, smartlane dibuka kurangkan kesesakan

14 Apr 2024, 4:39 AM
Aliran trafik lebuh raya utama perlahan, smartlane dibuka kurangkan kesesakan

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan pagi ini susulan perantau pulang dari kampung halaman selepas menyambut Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 12 tengah hari, aliran trafik tinggi menuju arah Selatan dari Sungai Dua ke Juru dan Bukit Tagar menghala Sungai Buaya.

Jurucakap itu berkata beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson (U) ke Seremban, KM107 hingga KM112 arah Selatan dari Sungai Petani (S) ke Bertam dan KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Sungai Bakap.

“Selain itu, terdapat juga kemalangan di KM144.4 arah Selatan dari Perai ke Juru yang menyebabkan trafik bergerak perlahan berpunca daripada lorong kanan terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap itu memaklumkan aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 2 menuju ke Kuala Lumpur sebelum Plaza Tol Kuala Terengganu akibat pertambahan kenderaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619