AGENDA

Budak lapan tahun dilarikan kereta hitam ditemukan selamat

14 Apr 2024, 2:30 AM
Budak lapan tahun dilarikan kereta hitam ditemukan selamat

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular dilaporkan hilang selepas dilarikan sebuah kereta berwarna hitam pada 11 April lepas ditemukan selamat tanpa kecederaan pada hari yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata kanak-kanak berkenaan dijumpai semula lebih kurang satu jam setengah selepas hilang di kawasan rumahnya di Jeram, Kuala Selangor.

Beliau berkata tindakan mengesan kanak-kanak itu dijalankan selepas polis menerima laporan tentang kejadian pada hari yang sama, sebelum kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah pada musim perayaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular menerusi media sosial seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun dilarikan kereta berwarna hitam ketika sedang bermain di hadapan rumahnya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619