AGENDA

Lelaki lepas tembakan di balai ketibaan KLIA, seorang parah

14 Apr 2024, 1:20 AM
Lelaki lepas tembakan di balai ketibaan KLIA, seorang parah

PUTRAJAYA, 14 APRIL: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

“Pihak polis telah kenal pasti identiti suspek dan lancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) utara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.

"Siasatan lanjut polis mendapati lelaki itu sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ dan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

"Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang individu mengakibatkan mangsa cedera parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya.

Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619