AGENDA

Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok

13 Apr 2024, 2:15 PM
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok

JELI, 13 APRIL: Suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.

"Mangsa masing-masing berusia 50 tahun cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619