AGENDA

PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali

12 Apr 2024, 10:00 AM
PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali
PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali
PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali
PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali

HULU SELANGOR, 12 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri jamuan hari raya Aidilfitri bersama ribuan penduduk di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Anwar yang tiba jam 12.20 tengah hari itu disambut EXCO Perumahan Borhan Aman Shah, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad dan Pegawai Daerah Hulu Selangor Yuhanas Auree Kamaruddin.

[caption id="attachment_637537" align="aligncenter" width="869"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu pada jamuan hari raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dihadiri ribuan penduduk, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sementara itu Saifuddin berkata jamuan anjuran Pejabat Menteri Besar dan pejabat penyelaras DUN Batang Kali diadakan bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama penduduk setempat.

“Kita mahu raikan penduduk sempena Aidilfitri dan menariknya mereka berpeluang bertemu dengan perdana menteri yang pertama kali hadir ke Batang Kali.

“Penduduk dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan antaranya sate, lemang, rendang, nasi kandar, nasi minyak dan air balang,” katanya.

[caption id="attachment_637538" align="aligncenter" width="926"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_637540" align="aligncenter" width="836"] Ribuan tetamu hadir pada jamuan hari raya dan solat Jumaat bersama perdana menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619