AGENDA

Lelaki Israel miliki enam pistol, 200 peluru didakwa pagi ini

12 Apr 2024, 2:30 AM
Lelaki Israel miliki enam pistol, 200 peluru didakwa pagi ini

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Lelaki Israel Avitan Shalom yang ditahan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas, akan didakwa atas pertuduhan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 12, di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin pukul 9 pagi.

Pihak media termasuk jurugambar mula berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah KL sejak pukul 7 pagi tadi.

Warga Israel berumur 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga.

Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619