AGENDA

Kejohanan Badminton Asia: Zii Jia mara ke suku akhir

11 Apr 2024, 6:15 AM
Kejohanan Badminton Asia: Zii Jia mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.

Pemain pilihan kelapan kejohanan itu mengambil masa 30 minit untuk menundukkan lawan 21-15, 21-17 dalam pusingan kedua yang berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium, Ningbo, China.

Keputusan hari ini merupakan kemenangan keempat Zii Jia ke atas Tien Chen daripada sembilan pertemuan mereka.

Pemain ke-11 dunia itu akan berjumpa sama ada pilihan ketiga kejohanan Jonatan Christie dari Indonesia, atau wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, pada peringkat suku akhir esok.

Semalam, pemain berusia 26 tahun itu memulakan kempen di BAC 2024 dengan kemenangan selesa 21-9, 21-13 ke atas pemain dari India, Priyanshu Rajawat

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619