AGENDA

Ribut musnahkan bumbung lima rumah di Sungai Petani

11 Apr 2024, 5:15 AM
Ribut musnahkan bumbung lima rumah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 11 APRIL: Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Pertahanan Awam (PA) Daerah Kuala Muda Kapten PA Azhar Ahmad berkata bagaimanapun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada semua 17 mangsa yang terkesan.

“Kejadian pertama berlaku di Kampung Paya pada kira-kira 4.30 petang, melibatkan sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Setengah jam kemudian pada 5 petang, kejadian kedua dilaporkan berlaku di Kampung Permatang Pasir, melibatkan sebuah rumah dihuni oleh enam sekeluarga,” katanya.

Kejadian ketiga berlaku di Kampung Alor Bemban pada 6 petang, membabitkan tiga buah rumah dengan keseluruhan 10 orang mangsa.

“Keadaan bagaimanapun terkawal. Tidak ada pusat pemindahan dibuka dan kita telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan Kecemasan Bencana NADMA kepada mangsa,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619